Warfaat

Ku jatuh dari juram
Bila mataku di ganggu sinar cahaya
Fikiranku kelam seketika
Jasaku entah kemana

Cahaya itu merabuniku
Yang sukar untuk ku kelipkan mataku
Ku cuba meraba dengan tanganku
Namun tanganku tak upaya

Ku cuba buka mata
Silau cahaya menyilau
Ku rasakan jasadku
Makin dibawa jauh ke bawah

Ku cuba pekikan suara dengan sekuat hati
Namun ku rasakan mulutku tak berupaya
Ku rasakan jasadku makin dibawa jauh kebawah
Tolonglah tapi pada siapa

Hati semakin getar
Disetiap perusukku gementar
Nyawaku memohon
Getarannya menusuk perit

Bagaikan duri-duri
Mengherit bersama cebisan dagingku
Gementar hujung kaki ku
Dalam kesejukan

Nyawaku memohon
Keperitan makin kurasai
Dengarlah pekikan ku
Yang teramat perit memanggilmu...

Hilang pada jiwa yang merana
Hilang pada jiwa yang kosong
Hilang dari kemampuanku
Hilang pada aku

Merayu-rayu bisikan mempersona lara dihati
Bergetar-getar bibir kehilangan kalimah
Resah yang merana jiwa, sesal yang merana dihati
Dari dosa-dosa yang meracuni jiwa

Yang bernyawa pasti merasainya

1 Comments:

my said...

lirik ni x pernah dengar. lagu nya?

Post a Comment

Warcommander

Traffic